Cinta Madinah

Bismillahirahmanirahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,
jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda.

Assalamualaikum w.b.t. buat semua yang sudi membaca coretan ini.

Coretan kecil ini hanyalah sekadar perkongsian yang ku harapkan dapat mentarbiahkan rasa dan dapat menerbitkan rasa cinta buat yang membacanya untuk jua ke sana, destinasi bulan madu yang paling indah antara kita dan DIA. Moga kalam yang kecil ini juga dapat sedikit sebanyak menjadi pembantu diriku di sisiNYA kelak.

CINTA HATI 
1 April 2013 (Lapangan Terbang Kuantan)
Jam menunjukkan tepat pukul 9.30 pagi, mengambil sisa sisa baki yang ada meluahkan rasa cinta buat insan yang amat ku cintai. Ku buangkan segala keegoan yang ada dalam hati kerana ku takut tidak lagi mampu bertemu dengan mereka dengan adanya perpisahan sementara ini. Ku peluk erat abah dan emak. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Maafkan setiap kesilapan dan dosa anakanda mu yang tiada penah berpenghujung. Halalkan setiap titisan air susu ibu yang mengalir.Tenang.

BUKAN LAGI SAHABAT
1 April 2013 (Lapangan Terbang Kuala Lumpur)
Ya Allah nikmatMu yang manakah harus ku dustai? Mereka bukan lagi sahabat ya Allah. Mereka adalah cinta hati dan sebahagian dari diriku. Di airport Kuantan, sahabat sejatiku Ezzah Hidayah juga sempat memberi kejutan. Kalian yang tidak berkesempatan menghantar juga amat ku hargai!.Panggilan telefon, message sumanya ku baca. dan ku pasti antara sebab indahnya perjalanan ku disana adalah kerana doa doa kalian. Terima Kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Ina, dan dua juniorku huda dan atin yang amat ku cintai kerna Allah
Dari universiti segala susah dan senang, sakit dan tawa, sentiasa bersama.


22 HATI BERHIMPUN BERSAMA
Syukur pada Allah kerna ku ditemukan dengan 22 hati yang sudah ku anggap seperti keluarga sendiri. Memandangkan adik dan diriku antara jemaah yang paling muda didalam kumpulan kami. Kami dilayan bagai anak sendiri. Terlalu banyak pengajaran dan tarbiah yang Allah berikan padaku dari mereka. Sungguh hati hati ini berhimpun untuk mencari redhaMu ya Allah.

PERMULAAN BULAN MADU YANG INDAH - MADINAH MUNAWWARAH
2 April 2013
Setelah mengambil masa lebih kurang 15 jam perjalanan dari Malaysia ke Amman hinggalah ke Jeddah. Kami menaiki bas dari Jeddah untuk ke Madinah. Alhamdulillah. Allah mengurniakan kami mutawif yang sentiasa menerbitkan kami rasa cinta terhadap DIA dengan imu yang disampaikannya. Selalunya masa perjalanan yang panjang akan membuatku terlena. Namun 6 jam perjalanan dari Jeddah ke Madinah, bahagia, pilu dan sedih menguasai diriku. Aku bakal menjejaki kaki di tanah bersemadinya manusia yang paling afdal dan dicintaiNYA. Di saat tiba di sempadan, Mutawif membacakan doa memasuki kota Madinah. Air mataku bercucuran. Ya Allah, tidak pernah ku bersua muka dengan kekasihMu. Tidak dapat ku menidakkan betapa cintanya diriku padanya. Kami tiba hampir lewat malam. Semua jemaah diminta untuk berehat dibilik sebelum memulakan hari keesokannya.

3 April 2013 - Masjid Nabawi
Jam di Madinah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku benar benar tidak dapat melelapkan mata. Aku nekad ingin bersendiri mencari Nabawi. Ku cuba menghubungi adikku untuk menemani. Turun ke lobi kelihatan beberapa jemaah dari negara lain. Suasana agak sepi. Aku yakin Allah disampingku. Ku bertanya pada pertugas di lobi. Dia menunjukkan arah kepadaku. Syukur jaraknya hanya lebih kurang 80 m sahaja dari tempat penginapanku. Dari jauh ku sudah dapat melihat cahayanya. Allah aku menghampiri masjid yang mejadi kecintaan kekasihMU, aku menghampiri rumahMu yang bersemadinya kekasih hatiMU. Allah air mata mengalir tiada henti. Indahnya rasa ini. Inilah subuh yang paling indah yang pernah ku rasai. Alhamdulillah.

MADINAH DAN ISI HATINYA
Jika kalian bertanya tempat manakah yang paling kucintai.Madinah.Madinah.Madinah.
Udara, orangnya, suasana semuanya terlalu indah untuk digambarkan. Mereka sangat baik dan sangat mengalukan.


Category: 0 comments

majikanku~




Majikanku : Allah s.w.t

Category: 0 comments

love each other~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
16 Mei -10 Jun 2011
(Pre-Employment Programme University Of Malaya)


Subhanallah..hebatnya aturan Mu Ya Allah..
Allah temukan alin dengan insan-insan yang penuh istimewa
temukan kita semua..dalam tarbiah NYA yang paling indah...
satu bulan bersama,cukup buat alin rasa kita bagai satu keluarga yang teramat bahagia..
indahnya ukhwah ini..
masih ingat lagi?
kita duduk berkongsi idea..kadang-kadang kita bergurau senda..
dan paling penting..kita membantu sesama kita..Allah indahnya saat itu..

kami ada satu keluarga Tunjung yang sangat bahagia..
Miss Carmen yang sangat cantik..baik hati..dan such a very sweet person inside dan outside..penguat semangat kami..dan pastinya pendegar setia untuk setiap luahan hati kami.. Mr CEO shakeri yang sangat prihatin dan juga sangat rendah diri.. Azie,setiausaha kami yang sangat ceria dan penuh dengan idea..hanya menunggu saat bahagia dalam hidupnya..syukur..=)) Kak liana, yang sentiasa sejuk mata memandang,lembut tutur kata dan penuh dengan inspirasi.. Kami ada Syahmi Kamal, abang long kami yang sangat cantik dan baik hati juga.. Hafizul,yang sentiasa tenang dan kadang kala mampu buat kita ketawa dengan tiba-tiba... Zarif yang comel dan sentiasa buat kita tergelak dengan kata-katanya.. Fadzli, yang penuh dengan kewibawaan dan kesenian..dan sudah semestinya Incik DanDINdun yang menjadi penyeri utama dan sentiasa membuat semua tersenyum dengan telatah dan kebaikan yang ada padanya..Kami ada ramai puteri-puteri yang tak kurang hebatnya juga.. Ridzma, gadis Sabah yang cekal hatinya, menceriakan hari hari kami disini..sunyi hati, bila sehari ridzma hanya diamkan diri.. Najwa, penuh dengan inspirasi, sentiasa menjadi penguat dan penyokong diriku.. Yaya, si cantik manis dari negeri Siti Wan Kembang, penuh dengan kecomelan dan kelembutan.. Nija, yang sentiasa rendah diri, rajin bertanya, dan baik hati.. Moon, gadis yang sentiasa tenang, punyai banyak idea.. Kak Fadilah, silent is golden..dan itulah akak..suka kita tengok pipi akak yang kemerahan.. Aisyah, kecil diri,besar hatinya,punyai senyuman yang sangat menawan.. Pijah, anak ibu yang teramat ibu sayang, lembut tutur kata, ibu dah jatuh cinta dengan pijah..=))..Cahaya Fariza, seindah nama, seindah orangya.. Siti, gadis kecil yang juga berjaya mencuri hati alin, sentiasa cantik dan bergaya, tidak luntur bertanya, alin yakin siti akan berjaya.. Ina, kamu dolphin di hati alin..terima kasih untuk cinta dolphin ini.. Fiza, suka alin dengar suara fiza, kata-kata fiza..nanti datang rumah mak mertua, jangan lupa call alin ya.. Safa, penuh dengan keibuan, kelembutan, gadis Sabah yang punya banyak kelebihan.. Al-fatihah yang alin sayang, hari pertama alin dah sayang sangat-sangat dekat atie..hati kita rasa dekat..jaga diri sayang..apa-apa message alin k.. Anis, yang sangat comel,baik hati, sentiasa buat alin tersenyum dan alin pun dah rindu dekat anis..=((.. Fuzah, awak..kita sama..alin pun suka bersajak..alin suka semuanya kata-kata awak..teruskan berpuisi sayang..=))...kak fadilah..yg kecil orangnya, alin suka dekat dengan akak..dan suka menyakat akak..jangan lupakan alin tau.. Wana, keceriaanku..ketabahanku disini.. suka tengok wana gelak..=)) Ko..ouchhh..i will miss u damn much much..you shining my day.thank you sayang..dan Miss Norlie Razzali..awak..kita sayang awak sangat-sangat..terima kasih untuk setiap saat, tangisan dan ketawa kita bersama, insyaallah semuanya akan jadi sebahagian dari diri alin...diari alin dah penuh dengan nama awak ni..hehe..=))



Terima Kasih ya Allah..untuk persinggahan sementara ini.. 
Tautkan hati, rindu dan sayang kami dengan CINTA kepada Mu..
agar kelak kami kan bertemu kembali dalam Firdaus MU...


salam sayang,
alin zakaria

Category: 6 comments

ana..alin dah rindu...=((

ana..subuh tadi..ana dah tak ada untuk gerakkan alin..
semalam..alin panas sangat..macam biasa..alin nak tidur dekat bawah..
alin macam dengar suara ana..suruh alin tidur dekat atas katil..
ana..alin rindu ana...

alin ingat lagi..
ana panjat dinding nak tutup cahaya lampu..
ana suka bawa motor laju laju ..dan ketawa bila alin nyanyi dekat belakang..
ana tolong gosok kan baju alin..bila alin nak pergi prospek..
bila alin sakit..ana bacakan manzil dekat perut alin..
ana belikan ikan keli kegemaran alin..
tepuk..garu belakang alin sampai alin tidur..
bila ana marah..ana bebel bebel..alin akan ketawa..
ana akan panggil 'ADLIN ZAKARIA' bila alin degil..
alin cengeng..suka nagis..tapi ana ada pujuk alin..
sambil ana dengar lagu..alin paksa ana dengar puisi puisi alin..
ana..alin rindu ana sangat sangat..

ana..ana mesti jaga diri baik-baik..
alin tak mampu jaga ana..macam mana ana jaga alin..
maafkan alin..tapi jujur..alin tak pernah lupakan segala jasa ana.
ana..jangan keja kuat-kuat..nanti ana cepat sakit..
ana mesti makan pagi..ana mesti makan..
nanti bila alin dapat keja..alin belanja ana makan banyak-banyak..

ana..alin tahu..Allah sangat-sangat sayangkan ana..
sebab tu DIA pilih ana untuk hadapi semua dugaan ini..
ana mesti kuat..alin yakin sangat-sangat ana akan berjaya..
alin sayang ana..ana jangan berhenti berharap pada Allah..
alin sayang ana..

p/s :buat encik Yus..mesti jaga anak baik-baik erk..mesti jemput alin bila bina masjid nanti tau..=))

ana..sayang ana..terima kasih ya Allah..sebab hadiahkan ana untuk alin..

nurul farhana binti ismail



lots of love,
alin zakaria
Category: 2 comments

final touch by alin zakaria~

planner name : final touch by alin zakaria..hehe
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
 Pssssssssstt : Final just around da corner..Done with planner!so here we goooooo ~

4.00 am   ~ wake up cahaya alin
                ~ beauty of Tahajjud
4.30 am   ~ REVISION
6.00 am   ~ subuh
6.30 am   ~ bathing, relaxing, breakfast
8.00 am   ~ REVISION
11.00 am ~ great of Dhuha
                ~ short nap
1.30 pm   ~ zohor
2.00 pm   ~ REVISION
4.30 pm   ~ asar
                ~ relaxing, washing
7.00 pm   ~ maghrib,isyak
                ~ between ME and HIM
9.00 pm   ~ REVISION
11.00 pm ~ sleeping beauty cahaya alin.. 

Belajar kerana Allah, demi ayahanda dan bonda tercinta, serta demi masa depanku..insyaallah..
 Ya Allah..semoga dipermudahkan kefahaman daku dan sahabat-sahabatku dalam mencari luasnya ilmuMU..amin..semangat!semangat!

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

lots of love,
cahaya alin zakaria 

Category: 6 comments

peluang UMRAH awak..awak dan saya~

assalamualaikum dan selamat petang semua..
harap semuanya dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah..amin..

Hari ini kita nak cerita tentang salamfone..kalian pernah dengar tak tentang mr salam nie..hehe? sebenarnya, salamfone nie masih baru and it one of mobile network macam maxis, digi, celcom. But it's the first shariah compliant mobile operator di negara kita..sound great kan? untuk lebih lanjut boleh rujuk  dekat salamfone.my

dan apa yang paling menarik kita nak kongsikan..beli sim card dia just cost us RM 8.50, dan inysaallah jika dah tertulis rezeki dari Allah untuk kita semua, tambah nilai RM 30, kita berpeluang menjadi tetamu NYA. Jujur,kita beli sebab tertarik sangat dengan pakej umrah tu, subhanallah, hati ini benar-benar teringin sujud di tanah suci MU..melihat makam kekasih MU dan benar-benar ingin merasai manisnya menjadi tetamu  MU..moga diberi kesempatan itu..amin..amin..amin..Ya Allah...

mari kita tengok da beauty of salamfone...=))
  • it's only cost us RM 8.50
  • top up available dekat 7eleven n other places..tp sb dah excited dah tak ingat other places kat mana =((
  • kita top up sebulan sekali jea,sebagai pelaburan,mana tahu kita ada peluang menjadi tetamu NYA kan
  • setiap hari Jumaat akan dapat takzirah percuma melalui msg
  • setiap Hari Kebesaran Islam pun, insyaallah kita akan dapat bonus tertentu
  • PALING UTAMA, tambah nilai RM 30 sebulan, insyaallah, jika terpilih dapat menunaikan haji atau umrah secara percuma
  • dan banyak lagi..
mari kita sama-sama berbual sambil menderma, sebab melalui panggilan yang kita buat, satu sen akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.. kalian semua beli juga tau..insyaallah,mana tahu ada rezeki, kita dapat ke tanah suci Mekah bersama..amin...=))

 
Life is full of opportunities. Some will be easy to take advantage of, some will be difficult. But once we let them pass, those opportunities may never again be available. So always grab the first opportunity.
 
salam sayang,
alin zakaria


Category: 3 comments

mata hati~


Mata hati, 
amatilah kehebatan cinta Khadijah buat Muhammad, 
dalamilah pengorbanan Hajar dan Ibrahim, 
selamilah kesabaran Rahmah menemani Ayub, 
dan intailah kesetiaan Zulaikha terhadap Yusof.. 
Pasti ditemui CINTA AGUNG MEREKA buat ILAHI.. 

Duhai mata hati, teladani kisah mereka..agar kamu mengerti ujian yang kamu perolehi hanya secebis dari ILAHI..

cahaya alin
Category: 1 comments