dari hati saya~

assalamualaikum.. ehemmm..ehemmm..(~_~)..

rasa segan la plak nak menulis this entry..hehe.. im growin up too fast..tak sedar..suda 22 tahun pun ..Alhamdulillah..everything went smoothly dengan aturan NYA..so many things happened in my life.. bad..gud..sweet..sumanya dah jadi a picture of me.. sekarang nie mcm thinking sumthing deeper in my future..usia pun dah makin lanjut kan..hehe..

im the one..who still searching and try to be sumone near for HIM.. i do love this feeling...its really calming.. jujur, saya tak dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna pengetahuan agamanya.. dan saya juga seorang yang masih merangkak dan teramat cetek ilmu tentang DIA... masih ada masa kan..saya percaya selagi kita mahu mencari dan mendalami.. DIA pasti akan bantu kita...insyaallah..

ok..now..back to the point..=)) looking forward for someone yg akan sharing a whole life dengan kita..its not easy.. untuk saya, im not expected too much.. cukuplah seseorang yang bakal berkongsi suka duka, menjadi kekasih hati..kawan baik..ayah kepada anak-anak saya, dapat menerima saya dan keluarga seadanya dan benar-benar mengharapkan seseorang yang dapat membimbing saya, mengimamkan saya dan dapat membawa saya lebih mencintai DIA...insyaallah amin Ya Allah...

dearie my readers,
tapi kita kena ingat sesuatu tau..ayat Allah dalam surah an-nur,

"wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik"( An-nur 26)

jadi..kita kena berusaha untuk menjadi wanita yang baik..tapi..kita harus sentiasa ingat, tiada yang sempurna kan, namun kita masih boleh berusaha memperbaiki kelemahan diri masing-masing k.. insyaallah,masih belum terlambat.. bersemangat!!bersemangat!!demi untuk anak-anak kita juga..=))

Ya Allah jadikanlah hamba-MU ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku..amin..


sayang selalu,
alin zakaria


Category: 9 comments

hadiah Allah untuk alin~


Assalamualaikum kepada yang sedang membaca..(~_~)
sebenarnya dah lama alin berniat nak menulis berkenaan post ni, cuma alin takut..mungkin ada yang tersilap mentafsir tentangnya.. ramai yang bertanya..ramai yang mengambil berat..yang menghulurkan bantuan...
alin cukup terharu.. terima kasih kalian..hanya Allah sahaja yang dapat membalas...

syukur alin dikurniakan keluarga yang tidak putus memberi sokongan.. saudara mara alin yang sangat alin sayangi.. sahabat yang sentiasa ada di sisi alin saat gentir dalam kehidupan alin..dan buat kamu..yang sentiasa bersabar dengan setiap keadaan saya yang sukar dijangka..terima kasih yang teramat..

 Subahanallah..kaya kan Allah...betapa hebat dia bagi alin rasa cinta yang tidak berbelah bagi dari kalian..
sehingga kadang-kadang hilang rasa sakit yg alin lalui..
terima kasih Ya Allah dengan cinta ini...cinta kalian adalah kekuatan alin..
tapi jujur..alin hanya manusia biasa..mungkin nampak tabah nampak kuat di mata kalian..tapi..
alin kadang-kadang tersungkur juga..alin tak kuat..
tapi..alin percaya dengan DIA..alin ada kalian..
alin tak keseorangan..cinta kalian temani alin sampai ke alam syurga....


Allah menghadiahkan alin sesuatu..
tak pernah alin sangka..sesuatu itu akan jadi sebahagian besar dalam hidup alin
dan kini sudah hampir setahun alin bersamanya..
Melihat mereka di sini..buat alin lebih redha dengan ujian DIA...

hadiah Allah untuk alin...

 
darussyifa bangi~



dan kini..hampir setahun bersama, darussyifa adalah sebahagian daripada hidup alin...
insyaallah..alin tak kan berputus asa...selagi berdaya..alin akan terus mencari penawar dari NYA..

 katakanlah (wahai Muhammad), 
"Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang ia ciptakan, dan daripada kejahatan gelap apabila ia masuk, dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan, dan daripada orang yang berdengki apabila dia dengki "
 (al-falaq 1-5)

dari Allah kita datang..dan kepadaNYA kita kembali,

alin zakaria

 











Category: 6 comments

DIA ada membantu~



lots of love,

alin zakaria

Category: 5 comments

ayat-ayat syifa~


Ya Allah..sayunya hatiku tika teringat saat aku membacakan ayat-ayat Syifa Mu buat bonda yang kesakitan...Benar..perit hatiku melihat penderitaan bonda yang kian lama menghadapi sakit sendi.. 
Ya Allah sembuhkan bonda...Jangan KAU biar bonda disakiti...Lindungi bonda..
Tak sanggup ku lihat bonda ku menderita
Ya Allah aku yakin dengan Ayat-ayat Syifa MU~~
Aku yakin dengan penawar dari MU..Aku yakin dengan Zat MU....

Perkongsian berkenaan dengan kelebihan Ayat-ayat Syifa:

Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

Surah at-Taubah: 14:


Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

Surah Yunus: 57:

Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.


Surah an-Nahl: 69:

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan

 Surah al-Isra’: 82:

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Surah asy-Syu’ara’: 80:

 
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku

Surah Fussilat: 44:

Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.


hebatkan..penawarnya...subahanallah...=))

cahaya alin zakaria




 










Category: 4 comments

syukur dengan kurniaanMU~

Teristimewa Di Hari Kelahiranmu...

Hari ini..hari lahir mak..masa terlalu cepat berlalu..
tak sangka...sudah 47 tahun umur mak..
Rasa tak puas lagi kak ngah nak bermanja dengan mak...
Selamat Hari Lahir Buat Mak yang amat kak ngah sayang...

Mak..syukurnya kak ngah dilahirkan dari rahim mak...
syukurnya kak ngah berpeluang menjadi darah daging mak...
untungnya kak ngah dapat bergelar anak mak...
Mak..adalah idola kak ngah..
ketabahan mak..pengorbanan mak..
kak ngah benar-benar kagumi..

Mak..Kak ngah mohon..Ampunkan dosa kak ngah mak..
Terlalu banyak kesilapan yg kak ngah buat..yg mungkin banyak menguris hati mak...
Halalkan setiap titisan susu mak yg mengalir dalam badan kak ngah..
Halalkan setiap ilmu.. setiap suapan yang mak berikan pada kak ngah..
 Kak Ngah teramat sayangkan mak..Mak adalah nadi kehidupan kak ngah..
Terima kasih atas segalanya mak...

 Ya Allah...pendengar setiaku...Ya Allah Yg Maha Penyayang...
Ku bersyukur dengan kurniaanMU kepada ku...
ku mohon..ku sujud dan ku merayu pada Mu..
Lindungi dan rahmati ibuku dalam setiap geraknya..
Kasihani dan sayangi ibuku..seperti mana dia amat menyayangiku waktu kecilku..
Jauhkan ibuku dari sebarang rasa resah..dari sebarang penyakit...dari sebarang kemudaratan
Aku yakin hanya ZATMU dapat melindunginya...

amin

ya Allah..syukur atas kurniaan Mu ini
halal dan benarkan aku menjadi yg solehah buatnya

anakmu,
nor adlin mohd zakaria



Category: 4 comments

cinta hati saya~


Ya Allah..andai aku terus mengingati dia..
KAU jadikanlah ingatan ku ini lebih kuat kepadaMU..
andai aku berterusan merindui dia..
KAU kuatlah rasa rindu ini agar lebih merinduiMU..
dan andai aku berterusan mengharapkan dia..
KAU hentikan rasa ini..agar aku hanya berharap kepada MU..
kerana..aku yakin..
hanya KAU adalah ingatan..
adalah rindu
dan HARAPAN bagi diriku...♥♥♥


cahaya alin zakaria
Category: 7 comments

pilihlah aku menjadi tetamu MU~


Ya Allah..
Rasa hati ini sangat sakit.. rasa kian terhimpit..
Kian berderai air mataku..
kerana..aku hanya mampu memandang gambar rumah MU..
Bergetar rasa hatiku..berpeluangkah aku menjadi tetamu MU...

Ya Allah...aku benar-benar ingin menjadi yg terpilih untuk mengadap MU
Benarkan aku sujud di tanah suci MU...
Benar..hati ini rasa takut...takut tidak sempat untuk merasai manisnya menjadi tetamu MU..

Ya Allah..mudahkan aku..suluhi jalanku untuk lebih mendalami indahnya ZAT MU..
Kuatkan hatiku...gengamkan jiwaku..agar aku dapat menjadi yg hampir dengan MU

Sinarilah cahayaMU kepada ku..
dan 
pilihlah aku menjadi tetamu MU...
amin~


nor adlin mohd zakaria
Category: 4 comments

saya juga wanita itu~

wanita..
melihat suatu titik yang kecil dihadapannya..
sebagai sesuatu yang amat besar dalam dirinya..
wanita..melihat suatu juga dengan seluruh jwanya..

tapi kadang kala emosinya tidak menentu..

ketahuilah...dia juga tidak mahu begitu..  
berikan masa padanya..
jangan ada benci..jangan marah..jangan bosan padanya..
walaupun kadangkala ia memenatkan..bersabarlah dengannya..
kerna..dia juga tidak mahu jadi begitu..
jika..berupaya..dia juga hanya mahu bahagia..tanpa sabarang duka..
cahaya alin

Category: 4 comments

ingin menyintai seperti dia~~

Hebatnya CINTA ZULAIKHA kepada ALLAH...

sehingga mengenepikan cintanya kepada YUSOF yang amat dipujanya suatu ketika dulu 

Alangkah indahnya jika saya juga begitu.. 

Mencintai ALLAh melebihi cinta saya kepada MANUSIA....



ya Allah genggam kan hati ini...agar aku dapat menjadi yang hampir dengan MU..

alin zakaria

Category: 0 comments

anugerah dari NYA

" dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan penyakitku "
( As-Syu'ara:80) 

Ya Allah..tidak layak aku mempersoalkan ujianMu padaku..
Aku redha dengan aturan MU..aku terima ujian Mu sebagai anugerah buat diriku..
Aku yakin hanya zatMU mampu menyembuhkan ku..

buat kamu wahai Abdullah..
andai kini kamu benar menjadi saudara seagamaku..
aku mohon pada Ya Rabi dalam setiap doa sujudku..
jadikan lah kamu hamba yang taat dan patuh pada pencipta MU...
Moga kamu juga ditempatkan dalam golongan yang dicintai NYA...

amin,
nor adlin mohd zakaria
Category: 2 comments

saya hanya PINJAMAN

saya hanya pinjaman di sini...
saya juga akan pulang kepada DIA yg memilik saya..
emak..abah..sahabat dan kamu yg membaca juga..hanya meminjam saya untuk seketika..
dan saya sendiri juga meminjam kamu.. kamu.. kamu dari DIA...



nor adlin mohd zakaria
Category: 4 comments

bukan hanya dari RAHIM IBU

MENDIDIK MANUSIA SEDARI AWAL PEMBENTUKANNYA

Meninjau kisah Imam Abu Hanifah, seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.

Maha Suci Allah..betapa hebatnya pengorbanan bapa Imam Abu Hanifah dalam memberikan pembentukan peribadi yang mulia bagi anak yang belum dipunyainya. Alangkah indahnya, jika saya dan kalian juga begitu. Pembentukan diri anak-anak..siapa mereka..bagaimana mereka..bukan hanya bermula dalam kandungan ibu sahaja. Ianya bermula daripada pembentukan dalam diri setiap individu itu sendiri. Sama ada ketika KITA di bangku sekolah, mahupun ketika KITA belum berumahtangga...KITA sebenarnya.. memainkan peranan dalam mendidik diri kita sendiri dan seterusnya dapat memberikan impak terhadap pembentukan peribadi terhadap ANAK KITA nanti...insyaallah...

Rasionalnya, pena saya menulis memang mudah, melahirkan apa sahaja yang saya rasa. Teorinya nampak mudah. Namun, hakikat yang kita perlu terima semuanya tidak semudah yang kita sangka. Pembentukan peribadi dalam diri kita memerlukan kekuatan spiritual dan mental yang tinggi. Dengan kegilaan dunia kini, tidak mustahil kita juga bakal kecundang. Persekitaran, budaya, keluarga yang sedia ada, turut memainkan peranan dalam membentuk siapa KITA. Namun yang pasti KITA sendiri yang menguasai diri dan IMAN di hati yang menjadi pendiding utama dalam kita melindungi diri.

Saya juga bakal menjadi seorang ibu.. Kalian yang membaca juga bakal menjadi seorang Mama.. Papa.. Ayah mahupun Bonda pada 'insan yang masih suci' yang belum kita miliki. Segalanya masih belum terlambat, siapapun kita, masih ada masa untuk kita betulkan keadaan.. memperbaiki kelemahan diri. Tiada manusia yang sempurna. Namun, dalam berusaha menjadi yang sempurna, ITU SUDAH MEMADAI UNTUK MENJADI YANG SEMPURNA. Marilah kita sama-sama berdoa memohon hidayah agar diberikan petunjuk dalam memiliki peribadi yang unggul, menemui seseorang yang dapat membimbing kita..dapat menerima diri kita dan keluarga seadanya dan paling utama dapat mendekatkan diri kita pada Yang Esa.

Ibu...bentuklah akhlakku...semenjak aku dari rahimmu... Ayah..alunkan suaramu memuji PENCIPTA ku...agar kelak aku akan mencontohi sifatmu... corakkan aku...bentuklah aku...agar kelak...
aku dapat memberi manfaat kepada kalian..setelah kalian tinggalkan aku..

cahaya alin~
Category: 8 comments

Indahnya yang tersembunyi

Assalamualaikum kepada yang membaca..=))
Semoga semuanya diberkati Allah selalu..insyaallah...

Sempena dengan penghulu segala hari pada hari ini..terpanggil saya untuk menulis satu entri yang begitu rapat dengan kehidupan seharian kita.. Jujur..saya bukanlah seorang yang arif dan mahir dalam hal yang berkaitan dengan agama. Namun.. ianya sekadar perkongsian dan mohon dibetulkan andai terdapat sebarang kesilapan...

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sungguh indah makna bait-bait ayat daripada ayat 216 dalam surah Al-Baqarah ini. Jika diamati ianya begitu sinonim dan dekat dalam kehidupan kita seharian.
 
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216..telah jelas menunjukkan.. Allah s.w. t Maha Mengetahui setiap kejadian yang berlaku sama ada yang nyata atau tersembunyi.

Fitrah kehidupan, tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Kadang-kala terdapat pelbagai perkara yang berada di luar jangkaan kita sebagai manusia. Namun sebagai mereka yang berpegang kepada ajaran agama, kita harus percaya.. setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi.. Segala hal yang berkaitan dengan kehidupan sama ada melibatkan keluarga, pekerjaan mahupun cinta..pasti akan diuji.. Yakinlah ujian yang diberi, pastinya mempunyai makna yang tersendiri. 

Kadangkala saat ujian melanda..kita sebagai manusia kurang berfikir secara rasional.. Hal ini kerana, selalunya pada saat ini..emosi telah menguasai diri. Ketika ini.. Kembalilah kepada aturan Yang Esa.. Yakinlah dengan Zat-NYA..yang Maha Mengetahui segala yang terjadi.. Jangan sesekali biarkan emosi mengawal diri.. tetapi biarkan KITA YANG MENGAWAL EMOSI...

Kepada sahabat dan juga untuk diri saya sendiri.. Semoga setiap ujian yang diberi kepada kita, dapat dihadapi dengan tabah. Sentiasalah bersangka baik dengan percaturan DIA YANG ESA. Kuatkan semangat..insyaallah..segalanya akan dimudahkan oleh NYA..amin... 

Akhir kalam, Terimalah sesuatu ujian itu sebagai sesuatu yang dapat menguatkan diri,merapatkan diri kita dengan yang ESA.. dan akhirnya dapat kita lebih mengenal diri kita sendiri..insyaallah..

cahaya alin~





Category: 5 comments

im here...with u~~

FINALLY!!!!
My new blog..new diary....
Alhamdulillah...here it is...At last..=))
Thanks you so much if u are now reading me...
Im hope..it will be as exciting for u to visit as it will be pleasure for me to write...insyaallah

My wish..My Hope.. My Thought and Everything beyond my mind..I'll share it here...
till then, have a BEAUTIFUL DAY everyone..take care readers~~~

p/s : To Mr Ahmad Izul...n Mr Hanif...thanks u so much for makin my new diary come true..=))
   

lots of love,
alin zakaria
Category: 11 comments