Cinta Madinah

Bismillahirahmanirahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,
jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda.

Assalamualaikum w.b.t. buat semua yang sudi membaca coretan ini.

Coretan kecil ini hanyalah sekadar perkongsian yang ku harapkan dapat mentarbiahkan rasa dan dapat menerbitkan rasa cinta buat yang membacanya untuk jua ke sana, destinasi bulan madu yang paling indah antara kita dan DIA. Moga kalam yang kecil ini juga dapat sedikit sebanyak menjadi pembantu diriku di sisiNYA kelak.

CINTA HATI 
1 April 2013 (Lapangan Terbang Kuantan)
Jam menunjukkan tepat pukul 9.30 pagi, mengambil sisa sisa baki yang ada meluahkan rasa cinta buat insan yang amat ku cintai. Ku buangkan segala keegoan yang ada dalam hati kerana ku takut tidak lagi mampu bertemu dengan mereka dengan adanya perpisahan sementara ini. Ku peluk erat abah dan emak. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Maafkan setiap kesilapan dan dosa anakanda mu yang tiada penah berpenghujung. Halalkan setiap titisan air susu ibu yang mengalir.Tenang.

BUKAN LAGI SAHABAT
1 April 2013 (Lapangan Terbang Kuala Lumpur)
Ya Allah nikmatMu yang manakah harus ku dustai? Mereka bukan lagi sahabat ya Allah. Mereka adalah cinta hati dan sebahagian dari diriku. Di airport Kuantan, sahabat sejatiku Ezzah Hidayah juga sempat memberi kejutan. Kalian yang tidak berkesempatan menghantar juga amat ku hargai!.Panggilan telefon, message sumanya ku baca. dan ku pasti antara sebab indahnya perjalanan ku disana adalah kerana doa doa kalian. Terima Kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Ina, dan dua juniorku huda dan atin yang amat ku cintai kerna Allah
Dari universiti segala susah dan senang, sakit dan tawa, sentiasa bersama.


22 HATI BERHIMPUN BERSAMA
Syukur pada Allah kerna ku ditemukan dengan 22 hati yang sudah ku anggap seperti keluarga sendiri. Memandangkan adik dan diriku antara jemaah yang paling muda didalam kumpulan kami. Kami dilayan bagai anak sendiri. Terlalu banyak pengajaran dan tarbiah yang Allah berikan padaku dari mereka. Sungguh hati hati ini berhimpun untuk mencari redhaMu ya Allah.

PERMULAAN BULAN MADU YANG INDAH - MADINAH MUNAWWARAH
2 April 2013
Setelah mengambil masa lebih kurang 15 jam perjalanan dari Malaysia ke Amman hinggalah ke Jeddah. Kami menaiki bas dari Jeddah untuk ke Madinah. Alhamdulillah. Allah mengurniakan kami mutawif yang sentiasa menerbitkan kami rasa cinta terhadap DIA dengan imu yang disampaikannya. Selalunya masa perjalanan yang panjang akan membuatku terlena. Namun 6 jam perjalanan dari Jeddah ke Madinah, bahagia, pilu dan sedih menguasai diriku. Aku bakal menjejaki kaki di tanah bersemadinya manusia yang paling afdal dan dicintaiNYA. Di saat tiba di sempadan, Mutawif membacakan doa memasuki kota Madinah. Air mataku bercucuran. Ya Allah, tidak pernah ku bersua muka dengan kekasihMu. Tidak dapat ku menidakkan betapa cintanya diriku padanya. Kami tiba hampir lewat malam. Semua jemaah diminta untuk berehat dibilik sebelum memulakan hari keesokannya.

3 April 2013 - Masjid Nabawi
Jam di Madinah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku benar benar tidak dapat melelapkan mata. Aku nekad ingin bersendiri mencari Nabawi. Ku cuba menghubungi adikku untuk menemani. Turun ke lobi kelihatan beberapa jemaah dari negara lain. Suasana agak sepi. Aku yakin Allah disampingku. Ku bertanya pada pertugas di lobi. Dia menunjukkan arah kepadaku. Syukur jaraknya hanya lebih kurang 80 m sahaja dari tempat penginapanku. Dari jauh ku sudah dapat melihat cahayanya. Allah aku menghampiri masjid yang mejadi kecintaan kekasihMU, aku menghampiri rumahMu yang bersemadinya kekasih hatiMU. Allah air mata mengalir tiada henti. Indahnya rasa ini. Inilah subuh yang paling indah yang pernah ku rasai. Alhamdulillah.

MADINAH DAN ISI HATINYA
Jika kalian bertanya tempat manakah yang paling kucintai.Madinah.Madinah.Madinah.
Udara, orangnya, suasana semuanya terlalu indah untuk digambarkan. Mereka sangat baik dan sangat mengalukan.


Category: 0 comments