Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah. Semalam, alin bersyukur kerana diberikan kesempatan oleh NYA untuk dirawat oleh Ustaz Luqman di rumah, memandangkan alin kini berada di Kuantan dan tidak dapat hadir ke Darussyifa seperti biasa. Di akhir rawatan ustaz sempat memberi kata semangat dengan menyelit kisah Nabi Ayub. Subhanallah, sungguh hebat Nabi Allah. Betapa kecilnya ujian yang menimpa alin jika dibandingkan dengannya. Betapa getir ujian yang diterimanya, Nabi Ayub masih mampu bersabar. Sehingga ayat Allah berbicara memujinya :
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Cuba untuk mendalami kisah nabi hebat ini dengan sudut mata hati. Menyelami dan meneladani agar diri ini kuat menempuh ujian yang hanya secebis dari Ilahi. Untuk sahabat dan peringatan diri ini, setiap ujian yang menimpa kita, anggaplah ia sebagai hadiah dari DIA, yakinlah pasti ada hikmah yang tersembunyi yang ingin diberikan kepada kita. DIA mungkin rindukan rintihan doa hambaNYA, kerana itu ujian diberi kepada kita agar kita hampir dan dekat dengan DIA. Nilai dan lihatlah setiap ujian yang diberi dengan mata hati, insyaallah kita mampu tersenyum sendiri, kerana rasa sakit ini, sekadar cebisan berbanding nikmat yang DIA telah beri.
Buat sahabat, yang alin sudah berjanji untuk jamukan dengan sarapan pagi, alin mohon maaf, kerana keadaan sekarang benar-benar tidak mengizinkan. Insyaallah, alin akan usahakan. Buat azhar, shero, shahida, dan hazwani, kalian terima kasih kerana saat itu kalian ada disisi.
" dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan penyakitku "
( As-Syu'ara:80)
Ya Allah..tidak layak aku mempersoalkan ujianMu padaku..
Aku redha dengan aturan MU..aku terima ujian Mu sebagai anugerah buat diriku..
Aku yakin hanya zatMU mampu menyembuhkan ku..
alin zakaria


.jpg)