Assalamualaikum kepada yang membaca..=))
Semoga semuanya diberkati Allah selalu..insyaallah...
Sempena dengan penghulu segala hari pada hari ini..terpanggil saya untuk menulis satu entri yang begitu rapat dengan kehidupan seharian kita.. Jujur..saya bukanlah seorang yang arif dan mahir dalam hal yang berkaitan dengan agama. Namun.. ianya sekadar perkongsian dan mohon dibetulkan andai terdapat sebarang kesilapan...
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sungguh indah makna bait-bait ayat daripada ayat 216 dalam surah Al-Baqarah ini. Jika diamati ianya begitu sinonim dan dekat dalam kehidupan kita seharian.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216..telah jelas menunjukkan.. Allah s.w. t Maha Mengetahui setiap kejadian yang berlaku sama ada yang nyata atau tersembunyi.
Fitrah kehidupan, tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Kadang-kala terdapat pelbagai perkara yang berada di luar jangkaan kita sebagai manusia. Namun sebagai mereka yang berpegang kepada ajaran agama, kita harus percaya.. setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi.. Segala hal yang berkaitan dengan kehidupan sama ada melibatkan keluarga, pekerjaan mahupun cinta..pasti akan diuji.. Yakinlah ujian yang diberi, pastinya mempunyai makna yang tersendiri.
Kadangkala saat ujian melanda..kita sebagai manusia kurang berfikir secara rasional.. Hal ini kerana, selalunya pada saat ini..emosi telah menguasai diri. Ketika ini.. Kembalilah kepada aturan Yang Esa.. Yakinlah dengan Zat-NYA..yang Maha Mengetahui segala yang terjadi.. Jangan sesekali biarkan emosi mengawal diri.. tetapi biarkan KITA YANG MENGAWAL EMOSI...
Kepada sahabat dan juga untuk diri saya sendiri.. Semoga setiap ujian yang diberi kepada kita, dapat dihadapi dengan tabah. Sentiasalah bersangka baik dengan percaturan DIA YANG ESA. Kuatkan semangat..insyaallah..segalanya akan dimudahkan oleh NYA..amin...
Akhir kalam, Terimalah sesuatu ujian itu sebagai sesuatu yang dapat menguatkan diri,merapatkan diri kita dengan yang ESA.. dan akhirnya dapat kita lebih mengenal diri kita sendiri..insyaallah..
cahaya alin~