ana..alin dah rindu...=((

ana..subuh tadi..ana dah tak ada untuk gerakkan alin..
semalam..alin panas sangat..macam biasa..alin nak tidur dekat bawah..
alin macam dengar suara ana..suruh alin tidur dekat atas katil..
ana..alin rindu ana...

alin ingat lagi..
ana panjat dinding nak tutup cahaya lampu..
ana suka bawa motor laju laju ..dan ketawa bila alin nyanyi dekat belakang..
ana tolong gosok kan baju alin..bila alin nak pergi prospek..
bila alin sakit..ana bacakan manzil dekat perut alin..
ana belikan ikan keli kegemaran alin..
tepuk..garu belakang alin sampai alin tidur..
bila ana marah..ana bebel bebel..alin akan ketawa..
ana akan panggil 'ADLIN ZAKARIA' bila alin degil..
alin cengeng..suka nagis..tapi ana ada pujuk alin..
sambil ana dengar lagu..alin paksa ana dengar puisi puisi alin..
ana..alin rindu ana sangat sangat..

ana..ana mesti jaga diri baik-baik..
alin tak mampu jaga ana..macam mana ana jaga alin..
maafkan alin..tapi jujur..alin tak pernah lupakan segala jasa ana.
ana..jangan keja kuat-kuat..nanti ana cepat sakit..
ana mesti makan pagi..ana mesti makan..
nanti bila alin dapat keja..alin belanja ana makan banyak-banyak..

ana..alin tahu..Allah sangat-sangat sayangkan ana..
sebab tu DIA pilih ana untuk hadapi semua dugaan ini..
ana mesti kuat..alin yakin sangat-sangat ana akan berjaya..
alin sayang ana..ana jangan berhenti berharap pada Allah..
alin sayang ana..

p/s :buat encik Yus..mesti jaga anak baik-baik erk..mesti jemput alin bila bina masjid nanti tau..=))

ana..sayang ana..terima kasih ya Allah..sebab hadiahkan ana untuk alin..

nurul farhana binti ismail



lots of love,
alin zakaria
Category: 2 comments

final touch by alin zakaria~

planner name : final touch by alin zakaria..hehe
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
 Pssssssssstt : Final just around da corner..Done with planner!so here we goooooo ~

4.00 am   ~ wake up cahaya alin
                ~ beauty of Tahajjud
4.30 am   ~ REVISION
6.00 am   ~ subuh
6.30 am   ~ bathing, relaxing, breakfast
8.00 am   ~ REVISION
11.00 am ~ great of Dhuha
                ~ short nap
1.30 pm   ~ zohor
2.00 pm   ~ REVISION
4.30 pm   ~ asar
                ~ relaxing, washing
7.00 pm   ~ maghrib,isyak
                ~ between ME and HIM
9.00 pm   ~ REVISION
11.00 pm ~ sleeping beauty cahaya alin.. 

Belajar kerana Allah, demi ayahanda dan bonda tercinta, serta demi masa depanku..insyaallah..
 Ya Allah..semoga dipermudahkan kefahaman daku dan sahabat-sahabatku dalam mencari luasnya ilmuMU..amin..semangat!semangat!

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

lots of love,
cahaya alin zakaria 

Category: 6 comments

peluang UMRAH awak..awak dan saya~

assalamualaikum dan selamat petang semua..
harap semuanya dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah..amin..

Hari ini kita nak cerita tentang salamfone..kalian pernah dengar tak tentang mr salam nie..hehe? sebenarnya, salamfone nie masih baru and it one of mobile network macam maxis, digi, celcom. But it's the first shariah compliant mobile operator di negara kita..sound great kan? untuk lebih lanjut boleh rujuk  dekat salamfone.my

dan apa yang paling menarik kita nak kongsikan..beli sim card dia just cost us RM 8.50, dan inysaallah jika dah tertulis rezeki dari Allah untuk kita semua, tambah nilai RM 30, kita berpeluang menjadi tetamu NYA. Jujur,kita beli sebab tertarik sangat dengan pakej umrah tu, subhanallah, hati ini benar-benar teringin sujud di tanah suci MU..melihat makam kekasih MU dan benar-benar ingin merasai manisnya menjadi tetamu  MU..moga diberi kesempatan itu..amin..amin..amin..Ya Allah...

mari kita tengok da beauty of salamfone...=))
  • it's only cost us RM 8.50
  • top up available dekat 7eleven n other places..tp sb dah excited dah tak ingat other places kat mana =((
  • kita top up sebulan sekali jea,sebagai pelaburan,mana tahu kita ada peluang menjadi tetamu NYA kan
  • setiap hari Jumaat akan dapat takzirah percuma melalui msg
  • setiap Hari Kebesaran Islam pun, insyaallah kita akan dapat bonus tertentu
  • PALING UTAMA, tambah nilai RM 30 sebulan, insyaallah, jika terpilih dapat menunaikan haji atau umrah secara percuma
  • dan banyak lagi..
mari kita sama-sama berbual sambil menderma, sebab melalui panggilan yang kita buat, satu sen akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.. kalian semua beli juga tau..insyaallah,mana tahu ada rezeki, kita dapat ke tanah suci Mekah bersama..amin...=))

 
Life is full of opportunities. Some will be easy to take advantage of, some will be difficult. But once we let them pass, those opportunities may never again be available. So always grab the first opportunity.
 
salam sayang,
alin zakaria


Category: 3 comments

mata hati~


Mata hati, 
amatilah kehebatan cinta Khadijah buat Muhammad, 
dalamilah pengorbanan Hajar dan Ibrahim, 
selamilah kesabaran Rahmah menemani Ayub, 
dan intailah kesetiaan Zulaikha terhadap Yusof.. 
Pasti ditemui CINTA AGUNG MEREKA buat ILAHI.. 

Duhai mata hati, teladani kisah mereka..agar kamu mengerti ujian yang kamu perolehi hanya secebis dari ILAHI..

cahaya alin
Category: 1 comments

mengasihi mereka~



Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri~
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

 ‎"Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 
(surah Al-Hujurat: 13)
Category: 0 comments

cahaya tahajud MU~


PILIH DAN ISTIQAMAH kan kami YA ALLAH~

Ya Allah..taut dan genggamkan hati ini..

agar hidayah dan redhaMU sentiasa menjadi milik ku..

Pilihlah aku dalam tahajud..dhuha dan dalam waktu-waktu keagungan MU... 
Biarkan solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk MU...

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga TUHANmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”
(al-Israa' : 79)

“Sungguh di dalam syurga terdapat kamar-kamar yang bahagian dalamnya terlihat dari dalam. Kami bertanya: “Untuk siapa (kamar-kamar itu) Ya Rasulullah.” Sabda baginda: “Kamar-kamar itu ALLAH sediakan untuk orang yang memberi makan, melembutkan perkataan, mengiringi puasa ramadan, menebarkan salam, dan asyik solat malam di saat manusia lain terlelap tidur.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
Category: 0 comments

melihat dengan mata hati~

Assalamualaikum w.b.t
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah. Semalam, alin bersyukur kerana diberikan kesempatan oleh NYA untuk dirawat oleh Ustaz Luqman di rumah, memandangkan alin kini berada di Kuantan dan tidak dapat hadir ke Darussyifa seperti biasa. Di akhir rawatan ustaz sempat memberi kata semangat dengan menyelit kisah Nabi Ayub. Subhanallah, sungguh hebat Nabi Allah. Betapa kecilnya ujian yang menimpa alin jika dibandingkan dengannya. Betapa getir ujian yang diterimanya, Nabi Ayub masih mampu bersabar. Sehingga ayat Allah berbicara memujinya :


"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Cuba untuk mendalami kisah nabi hebat ini dengan sudut mata hati. Menyelami dan meneladani agar diri ini kuat menempuh ujian yang hanya secebis dari Ilahi. Untuk sahabat dan peringatan diri ini, setiap ujian yang menimpa kita, anggaplah ia sebagai hadiah dari DIA, yakinlah pasti ada hikmah yang tersembunyi yang ingin diberikan kepada kita. DIA mungkin rindukan rintihan doa hambaNYA, kerana itu ujian diberi kepada kita agar kita hampir dan dekat dengan DIA. Nilai dan lihatlah setiap ujian yang diberi dengan mata hati, insyaallah kita mampu tersenyum sendiri, kerana rasa sakit ini, sekadar cebisan berbanding nikmat yang DIA telah beri.

Buat sahabat, yang alin sudah berjanji untuk jamukan dengan sarapan pagi, alin mohon maaf, kerana keadaan sekarang benar-benar tidak mengizinkan. Insyaallah, alin akan usahakan. Buat azhar, shero, shahida, dan hazwani, kalian terima kasih kerana saat itu kalian ada disisi. 

" dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan penyakitku "
( As-Syu'ara:80) 

Ya Allah..tidak layak aku mempersoalkan ujianMu padaku..
Aku redha dengan aturan MU..aku terima ujian Mu sebagai anugerah buat diriku..
Aku yakin hanya zatMU mampu menyembuhkan ku..

alin zakaria





Category: 10 comments