bukan hanya dari RAHIM IBU

MENDIDIK MANUSIA SEDARI AWAL PEMBENTUKANNYA

Meninjau kisah Imam Abu Hanifah, seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.

Maha Suci Allah..betapa hebatnya pengorbanan bapa Imam Abu Hanifah dalam memberikan pembentukan peribadi yang mulia bagi anak yang belum dipunyainya. Alangkah indahnya, jika saya dan kalian juga begitu. Pembentukan diri anak-anak..siapa mereka..bagaimana mereka..bukan hanya bermula dalam kandungan ibu sahaja. Ianya bermula daripada pembentukan dalam diri setiap individu itu sendiri. Sama ada ketika KITA di bangku sekolah, mahupun ketika KITA belum berumahtangga...KITA sebenarnya.. memainkan peranan dalam mendidik diri kita sendiri dan seterusnya dapat memberikan impak terhadap pembentukan peribadi terhadap ANAK KITA nanti...insyaallah...

Rasionalnya, pena saya menulis memang mudah, melahirkan apa sahaja yang saya rasa. Teorinya nampak mudah. Namun, hakikat yang kita perlu terima semuanya tidak semudah yang kita sangka. Pembentukan peribadi dalam diri kita memerlukan kekuatan spiritual dan mental yang tinggi. Dengan kegilaan dunia kini, tidak mustahil kita juga bakal kecundang. Persekitaran, budaya, keluarga yang sedia ada, turut memainkan peranan dalam membentuk siapa KITA. Namun yang pasti KITA sendiri yang menguasai diri dan IMAN di hati yang menjadi pendiding utama dalam kita melindungi diri.

Saya juga bakal menjadi seorang ibu.. Kalian yang membaca juga bakal menjadi seorang Mama.. Papa.. Ayah mahupun Bonda pada 'insan yang masih suci' yang belum kita miliki. Segalanya masih belum terlambat, siapapun kita, masih ada masa untuk kita betulkan keadaan.. memperbaiki kelemahan diri. Tiada manusia yang sempurna. Namun, dalam berusaha menjadi yang sempurna, ITU SUDAH MEMADAI UNTUK MENJADI YANG SEMPURNA. Marilah kita sama-sama berdoa memohon hidayah agar diberikan petunjuk dalam memiliki peribadi yang unggul, menemui seseorang yang dapat membimbing kita..dapat menerima diri kita dan keluarga seadanya dan paling utama dapat mendekatkan diri kita pada Yang Esa.

Ibu...bentuklah akhlakku...semenjak aku dari rahimmu... Ayah..alunkan suaramu memuji PENCIPTA ku...agar kelak aku akan mencontohi sifatmu... corakkan aku...bentuklah aku...agar kelak...
aku dapat memberi manfaat kepada kalian..setelah kalian tinggalkan aku..

cahaya alin~
Category: 8 comments

8 comments:

ninie a.k.a fahrin ahmad tO linlin a.k.a lisa surihOney said...

yup...tOl tu,linlin...sy sgt2 stuju..ehehe
tiada manusia yang sempurna di dunia ini..namun,tidak mustahil kesempurnaan itu boleh wujud jika seseorang itu dilatih sejak dari awal lagi..oleh itu,peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk keperibadian seorang insan (anak-anak) kerana mereka merupakan bakal pemimpin dan tonggak kepada pembangunan negara..
sumber : dipetik dr kata2 ninie a.k.a fahrin ahmad (bakal pemimpin anak2..kuikuikui)
P/S : linlin,skema x ayat sy?ekeke=P...
anak2 yang kita lahirkan pada masa hadapan mencerminkan siapa diri kita pada masa kini..oleh itu,jd lah yang terbaik pada hari ini untuk memperoleh anak2 yang terbaik pada masa hadapan..(teori)

alin zakaria said...

oucHhhhhhh...my ninie a.k.a bucuk...
so touchin....tenkiu dear..=))
hMmmmm...so ninie..i already can imagin hows ur anak is kan?like 2 wear gincu..kain batik..n almost messagin jea kn?like her mummy...so cute...waaaaaa....
ninie..get married cepat2..i cant wait 2 b her ibu angkat..=))

kemboja said...

lembut kata2 alin
tsentuh.kalau alin nak jumpa 'seseorang' yang ditakdirkan untuk alin,alin kena buka pintu hati alin untuk dicintai,kalau tak nak bercinta nak jumpa 'seseorang' macam mana?

jangan rendah diri.alin memang selayaknya untuk dicintai

alin zakaria said...

kemboja~wat such a sweet name..=))
thanks for cmmentin..
siapakah gerangan tuan hamba?mau juga dcari n dpetik bunga kembojanya..hehehhe

~aduiiii...post kita x da kaitan ngan bab cintun2 pun..huhuhu...tunggu sang bunga mawar..kuang..kuang

sayang alin comel!!!!! said...

buat blog tak bagitau!!!!!!!!!!!!!!!

sayang alin yang manja! said...

alin sweet!!!!alin manis!!!!!
update!update!update!tzenkiu for sharing

mummy said...

salam..alhmdulillah...semoga shbt ku brterusan mndpt hdyah..masih blm trlmbt utk kita brbh...insyaALLAH bila kita mncari Allah, Allah brkali gnda dekat dgn kita...awk mulakn perubhn diri dgn prkara 2 yg asas...insyaALLAH sy yakin awk mampu...cari shbt yg kaki surau, smoga kbrkatn tu mnular dlm diri awk..siapa kawan kita, itulah kita...selamat bramal....

Kak Matun said...

alin yang manis,moga berjaya mencapai impian
semuga dirimu akan lebih menghargai setiap
apa yang dilakukan. Andai bisa mendapati
sesuatu yang baru temui hargailah walau ia
tidak ada makna bagi Alin. Setiap perjalanan
ada rintangan pasti ia akan tersungkor dijalanan,
tapi teruskan melangkah walau ianya sukar, tentu
akhir berjaya kepuncak impian. Semoga Alin dapat
kerja yang baik insyaallah. Good Luck and Happy.

Post a Comment