Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu..
Membelek semula diari-diari lama sewaktu di tingkatan, membuat saya tersenyum sendiri. Indahnya saat itu. Terasa sehingga kini ukhwah yang terjalin antara saya dan sahabat. Saya rindukan mereka yang pernah menjadi sebahagian daripada CERITA HIDUP SAYA, tika saya di bangku sekolah rendah mahupun saat saya meniti usia remaja. Saya teramat rindukan kenangan itu.
Meneliti hadis,
Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri~ (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Saya berazam, saat-saat yang ada, insyaallah, saya akan gunakan dengan sebaik mungkin bersama kalian. Lebih memberi, menghargai dan menyayangi..insyaallah..
ukhuwah itu ibarat untaian tasbih.. Ada awal tiada penghujung.. diikat kerana cinta kepada-Nya, diratib demi mengharapkan keredhaan-Nya.. |
"Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah Al-Hujurat: 13)
Ya Allah, halal dan redhailah diri ini menjadi yang sejati buat teman dan sahabatku..
amin
alin zakaria
No comments:
Post a Comment