melihat dengan mata hati~

Assalamualaikum w.b.t
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah. Semalam, alin bersyukur kerana diberikan kesempatan oleh NYA untuk dirawat oleh Ustaz Luqman di rumah, memandangkan alin kini berada di Kuantan dan tidak dapat hadir ke Darussyifa seperti biasa. Di akhir rawatan ustaz sempat memberi kata semangat dengan menyelit kisah Nabi Ayub. Subhanallah, sungguh hebat Nabi Allah. Betapa kecilnya ujian yang menimpa alin jika dibandingkan dengannya. Betapa getir ujian yang diterimanya, Nabi Ayub masih mampu bersabar. Sehingga ayat Allah berbicara memujinya :


"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Cuba untuk mendalami kisah nabi hebat ini dengan sudut mata hati. Menyelami dan meneladani agar diri ini kuat menempuh ujian yang hanya secebis dari Ilahi. Untuk sahabat dan peringatan diri ini, setiap ujian yang menimpa kita, anggaplah ia sebagai hadiah dari DIA, yakinlah pasti ada hikmah yang tersembunyi yang ingin diberikan kepada kita. DIA mungkin rindukan rintihan doa hambaNYA, kerana itu ujian diberi kepada kita agar kita hampir dan dekat dengan DIA. Nilai dan lihatlah setiap ujian yang diberi dengan mata hati, insyaallah kita mampu tersenyum sendiri, kerana rasa sakit ini, sekadar cebisan berbanding nikmat yang DIA telah beri.

Buat sahabat, yang alin sudah berjanji untuk jamukan dengan sarapan pagi, alin mohon maaf, kerana keadaan sekarang benar-benar tidak mengizinkan. Insyaallah, alin akan usahakan. Buat azhar, shero, shahida, dan hazwani, kalian terima kasih kerana saat itu kalian ada disisi. 

" dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan penyakitku "
( As-Syu'ara:80) 

Ya Allah..tidak layak aku mempersoalkan ujianMu padaku..
Aku redha dengan aturan MU..aku terima ujian Mu sebagai anugerah buat diriku..
Aku yakin hanya zatMU mampu menyembuhkan ku..

alin zakaria





Category: 10 comments

10 comments:

Anonymous said...

alin..

su said...

alin,ingat tak dekat maktab dulu alin selalu cakap hidup ini macam roda,kdg2 kita dekat atas,kdg2 dekat bawah,sampai sekarang su ingat semua kata-kata alin.alin selalu kuatkan semangat orang lain.waktu alin susah sekarang,su tak dapat teman alin.alin mesti kuat semangat.Allah sayangkan alin dan Allah tahu semua orang sayangkan alin. Untung alin.su yakin setiap yang mengenalimu pasti menyayangi gadis bernama alin zakaria ni.Alin mesti sembuh cepat ok.rindu masakan alin yang alin masak dengan kasih sayang dan selawat;p
cepat sembuh alin sayang.Allah sayangkan alin

daniel said...

sis,you are truly beautiful.Your God love you,so He look for you.Be strong.i miss you sis

Anonymous said...

k.alin,kuat yep,kite syg k.alin,tanak tguk k.alin sedih2,kite suke k.alin senyum,k.alin bagi nacihat,k.alin mesti cepat sihat k. kite cayang k.alin,

Anonymous said...

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

semoga kesembuhan milik kamu.

Anonymous said...

setiap ujian yg DIA berikan..pasti akan ade diselit nikmat...

insyaAllah,betapa DIA kasih kn umat nye dgn menguji kita...

secebis kesakitan adalah untk perngatan..menghapuskn dosa yg kite lakukan...

semoga dirimu kuat dn tabah...Allah sntiasa bersame mereka yg bersyukur..

jgn sesekali mengalah...terus berusaha dn berusaha...teman-teman akn mendoakn mu..

chaiyuk-chaiyuk...... =))

far east said...

lin,org tau lin kuat,lin jangan putus asa,kami semua sentiasa doakan untuk lin,kami ada dengan lin..:P

7777 said...

Princess,I'm goin back Mysia soon..No matter what pls be strong..I Miss You

caer said...

ramai menyayangimu sahabatku..

teruskan bersabar..ganjaran Allah menantimu..

YA ALLAH..sahabat ini penguat hati..

sahabat ini yg selalu menceriai hidup kami..

sahabat ini selalu membantu kami..

Kuatkan hati sahabat kami..

Sembuhkan sahabat kami..ALLAHUAKBAR!!

Anonymous said...

assalamualaikum adlin,u still using your old num 017 9612189?failed to contact u for many times.I know nothing,but Pleaz get well soon. Allah knows,He planned something good for u.
cntct me asap-akmal

Post a Comment